Sinopsis Drama Age Of Youth (2016)

AGE OF YOUTH. Drama Korea yang mengisahkan kehidupan sekumpulan pelajar-pelajar Universiti yang tinggal bersama dalam satu rumah sewa.

Drama yang berbeza berbanding dari drama Korea yang lain, penuh dengan realiti kehidupan kita dan juga pelakon-pelakon yang hebat.


Untuk info drama ini ada dua season dan kedua-dua season dilakonkan oleh 3 orang yang sama.

Drama ini dilakonkan  oleh Park Eun Bin , Han Ye Ri,  Seungyeon (KARA), Ryu Hwa Yeong dan Park Hye Soo. Chemistry antara kelima-lima tunggak utama drama ini perlu mendapat pujian kerana lakonan yang natural dari mereka semua.

SINOPSIS AGE OF YOUTH(2016)

Lima pelajar university yang berlainan kos Yoon Jin Myung (Han Ye Ri), Song Ji Won (Park Eun Bin), Jung Ye Eun (Seungyeon), Kang Yi Na (Ryu Hwa Yeong) dan Yoo Eun Jae (Park Hye Soo) yang tinggal bersama di dalam satu rumah.

Yoon Jin Myung belajar sambil bekerja part time bagi menampung pembelajaran beliau , Eun Jae merupakan pelajar tahun baru dan merupakan orang yang terakhir masuk di dalam rumah sewa mereka. 

Di permulaan kehidupan beliau di dalam rumah ini Eun Jae menghadapi masalah serta merasakan bahawa beliau dibuli oleh senior2 di dalam rumah itu.

Song Ji Won seorang yang menghidupkan suasana gembira di dalam rumah dengan lawak-lawak yang hambar namun seorang yang baik hati.

Yi Na yang lengkap kesemuanya , cantik dan menjadi kegilaan ramai namun ada rahsia disebaliknya yang disimpan Yi Na.

Kehidupan sebagai pelajar yang berlainan kos dan menyelesaikan masalah-masalah yang sukar untuk membuat keputusan , antara persahabatan dan diri.


Untuk korang yang belum layan drama ini , Una suggest korang tengok dari  mula sebab serius gambar ini tak berat cuma light ja.

Korang boleh layan subtitle dekat sini >>>AGE OF YOUTH

Drama yang mengisahkan tentang persahabatan dan percintaan antara 5 orang sahabat yang menghadapi pelbagai onak duri.

Korang yang nak rasai pengalaman macam mana persahabatan korang diuji dan macam mana korang buat keputusan , korang kena layan drama ini.

Pada musim kedua drama ini bertambah cabaran , nantikan sinopsis musim kedua drama Age Of Youth.

0/Post a Comment/Comments