Sinopsis Bidadari Kiriman Tuhan (2020)

Sinopsis Bidadari Kiriman Tuhan (2020).  Drama ini mengisahkan tentang sepasang kembar seiras yang berusia 25 tahun. Manis Sihaila iaitu seorang guru tadika dikampungnya dan kembar seirasnya Manja Suhana seorang austism yang istimewa.

Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis. Walaupun Manja berperangai keanak-anakan, Manis tidak pernah rasa terbeban melayan kerenah Manja.

Sinopsis Bidadari Kiriman Tuhan (2020)

Watak Manis dan Manja di lakonkan oleh Mira Filzah. Satu cabaran buat Mira Filzah bila melakonkan watak kembar seiras yang punya 2 watak yang jauh berbeza.

Hubungan Manis dan Manja sangat rapat tapi sesuatu terjadi telah merubah segalanya. Disaat hati Manis telah mula terpaut dengan seorang guru sekolah rendah bernama Cikgu Yusuf lakonan Zul Ariffin dan akibatnya hubungan keakraban antara Manis dan Manja mula tergugat.

Sinopsis Bidadari Kiriman Tuhan (2020)

Manis dan Yusuf merancang melangsungkan pernikahan. Suria yang tergila-gilakan Yusuf menghasut Manja untuk menghalang perkahwinan mereka. Manja memaksa Manis untuk memilih antara dia dan Yusuf.

Dalam waktu yang sama, ibu Ikram lakonan Fauziah Nawi begitu tertarik dengan Manis dan ingin sekali menjodohkan Manis dengan anaknya Ikram (Adlin Aman Ramlie).

Bagaimana akhirnya hubungan Manis dan Cikgu Yusuf, dapat mereka bersatu?
Mampu kah Manja menerima keputusan Manis?



Sinopsis Bidadari Kiriman Tuhan (2020)


Perlukan Manis korbankan hati dan perasaannya serta masa depan kebahagiannya hanya untuk turutkan kerenah Manja?


Sinopsis Bidadari Kiriman Tuhan (2020)

Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ di slot MegaDrama Astro Ria. Menampilkan gandingan Mira Filzah dan Zul Ariffin. 


0/Post a Comment/Comments