SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA. Drama baru yang dibintangi olek Cik B ini bertajuk drama lelaki lingkungan cinta. Ramai yang tak sabar nak tengok macam mana Cik B berlakon kan. Tapi sebelum itu, jom baca sinopsis drama ini terlebih dahulu.

SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA
Adib sangat terkenal sejak zaman kolej lagi. Kemudian, nama dia terkenal pula di Universiti. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

0 Comments