Format Vocal Mania TV3

Format Vocal Mania TV3. Ini merupakan rancangan baru yang diterbitkan oleh TV3. Vocal Mania menghimpunkan 4 orang Idol yang terdiri daripada Indah Ruhaila, Aina Abdul, Lan Solo dan juga Tomok. Mereka akan beraksi bersama 24 orang penyanyi amatur dalam program ini.

Penganjuran Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur yang dikenali sebagai Rookie. Mereka akan bertanding dengan empat penyanyi profesional yang dikenali sebagai Idol yang berpengalaman.


Format Vocal Mania TV3

Format Vocal Mania TV3

Setiap persembahan penyanyi sama ada profesional dan amatur semestinya akan dinilai 100 peratus oleh juri iaitu Misha Omar dan Yusry Abdul Halim.

Pada masa sama, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah 'Rookie Star Award' dalam setiap episod melalui = www.xtra.com.my/vokalmania

Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam dan 30 peratus lagi, juri tetap.

Format Vocal Mania TV3


Semua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod, yang mana memperlihatkan seramai empat orang Rookie akan membuat persembahan di setiap episod untuk berentap dengan empat Idol dipilih secara solo dan duet bagi mengumpul mata.

Senarai 24 Peserta Vocal Mania.


Antara 24 Rookies yang bakal berentap adalah Aedy Kama, Afieq Shazwan, Aisha Retino, Alif Kadim, Aufahanie, Danial Chuer, Daniesh Suffian, Daus Husny, Eranzz Lambert, Erin, Fatin Afeefa, Fiera, Hakeemzamall, Hariz Danial, Nisha Haque, Nuha Bahrin, Nur Syafiq Naser, Qiem Churros, Razak A’ai, Tuah Adzmin, Wafariena, Yuveena, Zareef Sein dan Zetty Rashid.

 

Sebanyak RM80,000 bakal dipertaruhkan dalam program ini yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal selaku hos utama, manakala Azira Shafinaz selaku pengacara bersama.

Tak sabar nak tengok rancangan realiti vocal mania baru ni kan. Harap best lah. hehe. 

0/Post a Comment/Comments