Review Drama Korea She Would Never Know Lakonan SF9 Rowoon

REVIEW KDRAMA.  Drama Korea 2021 yang baru sahaja tamat episodnya pada tahun ini adalah "She Would Never Know", drama lakonan Won Jin Ah dan SF9 Rowoon.

Drama yang mengisahkan tentang cinta pejabat yang mempunyai beberapa halangan dan masalah yang mereka perlu hadapi.



Disebabkan Cik Una minat gila dengan lakonan  Won Jin Ah ini maka jadinya Cik Una pon usha la drama terbaru beliau.

Untuk peminat setia drama Korea mesti kenal kan dak Rowoon ini , haha dia lah pelakon drama popular iaitu Extraordinary You tuh.. alaa drama yang berkaitan komik tu.

Drama She Would Never Know ini ditayangkan pada awal tahun ini iaitu pada january dan habis pada March , masih baru jugak yer drama ini.

Sebelum korang baca review dari Cik Una , jom baca sikit sinopsis drama lakonan SF9 Rowoon dan Won Jin Ah ni ya.


SINOPSIS "SHE WOULD NEVER KNOW"

Kisah percintaan antara "sunbae-hoobae" (senior junior) di dalam pejabat dan department yang sama. Yoon Song Ah (Won Jin Ah) telah ditugaskan untuk menjaga Chae Hyun Seung (SF9 Rowoon) yang baru saja menjadi pekerja di Syarikat Kosmetik.

Hyun Seung mula jatuh cinta pada Song Ah dan mula menunjukkan cinta dia tanpa dia tahu yang Song Ah sudah mempunyai kekasih. 

Seseuatu telah berlaku yang menyebabkan Song Ah terpaksa menggunakan Hyun Seung untuk selamatkan diri dia. Apakah itu ? Adakah Hyun Seung betul-betul cinta Song Ah?.


REVIEW : 7/10

Setelah tamat layan drama ini dari episod 1 sehingga 16 , Cik Una bagi rating 7 dari 10 (*cita rasa Cik Una yer.. :D). Jalan cerita drama ini best taw cuma watak utama dalam drama ini tak banyak masalah langsung , kalau peminat tegar drama Korea mesti korang taw macam mana thrillernya drama mereka walaupun drama romance. So kat drama ini sangat smooth ja perjalanan perhubungan Hyun Seung dan Song Ah. 

Untuk lakonan kedua-dua pelakon Cik Una puji lah sebab nampak real dan tak nampak kekok langsung walaupun mereka berdua tak lakon banyak drama lagi. Won Jin Ah  ini Cik Una tengok drama pertama dia yang beliau watak utama adalah "Rain Or Shine" dengan 2PM Junho. Dari situ Cik Una tengok dia berlakon nampak macam dah banyak berlakon drama sebab lakonan yang mantap dari dia . So sejak dari itu  drama dia semua Cik Una tertunggu-tunggu.

Rowoon pula , dia pon masih baru dan tambah pula dia seorang penyanyi boy group so lakonan beliau masih boleh diperbaiki. 


Ok ni je review Cik Una , sebelum tu yang mana nak layan drama ni boleh layan dekat sini >>> SHE WOULD NEVER KNOW

Korang yang dah layan drama ni boleh lah share review korang mengenai drama ini dekat bahagian komen , nak taw juga macam mana pandangan korang.


0/Post a Comment/Comments