SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA.  Drama baru yang dibintangi olek Cik B ini bertajuk drama lelaki lingkungan cinta. Ramai yang tak sabar nak tengok macam mana Cik B berlakon kan. Tapi sebelum itu, jom baca sinopsis drama ini terlebih dahulu.

SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA



SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Adib sangat terkenal sejak zaman kolej lagi. Kemudian, nama dia terkenal pula di Universiti. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.


SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA


Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.

SINOPSIS DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA.  Drama baru yang dibintangi olek Cik B ini bertajuk drama lelaki lingkungan cinta


Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?



No comments

Powered by Blogger.